Wakil Asia, Qatar bakal membuat penghitungan dengan Amerika Syarikat di separuh akhir saingan CONCACAF Gold Cup selepas negara Uncle Sam itu menewaskan Jamaica, 1-0 di peringkat suku akhir semalam.

Tandukan Matthew Hoppe pada minit ke 83 menghidupkan peluang Amerika Syarikat untuk memburu gelaran juara buat kali ke-6 sekaligus menebus kekecewaan pada edisi tahun 2019 dimana mereka tewas kepada Mexico di perlawanan akhir.

Walaupun hanya bergelar sebagai pasukan jemputan, status itu tidak mematahkan semangat Qatar lakar satu lagi kejutan dengan mara ke perlawanan akhir untuk memburu rekod baharu sebagai pasukan Asia pertama menjuarai pertandingan tersebut.

Qatar memandang serius perlawanan ini sebagai persiapan menghadapi Piala Dunia tahun depan dan ia merupakan medan untuk menguji kemampuan pemain berdepan pasukan kuat dari benua lain.

“Kadang-kadang anda menang, ada yang kalah, tetapi kami kembali kuat untuk perlawanan seterusnya.

“Kami sentiasa yakin. Kami adalah juara Asia, jadi kami datang ke sini dengan banyak keyakinan dan kami gembira kerana kami melangkah jauh dan semoga kami dapat raih lebih banyak lagi kejayaan pada perlawanan seterusnya.” kata penyerang Qatar, Mohammed Muntari.

ns4b8syq8ss0tblaizij

Watak utama dalam prestasi cemerlang Qatar ialah penyerang mereka iaitu Almoez Ali dimana beliau ketika ini sedang menduduki carta penjaring terbanyak kejohanan dengan empat jaringan.

Sejak membantu Qatar memenangi Piala Asia 2019, Almoez Ali menjadi antara penyerang terbaik di rantau ini dimana beliau turut muncul penjaring terbanyak dengan perolehan 9 gol.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Qatar melalui pautan dibawah. 

Qatar Cipta Sejarah Mara Ke Separuh Akhir CONCACAF Gold Cup 2021

Almoez Ali Ungguli Carta Penjaring Terbanyak CONCACAF Gold Cup 2021

Qatar Tewaskan Grenada, Catat Kemenangan Pertama Saingan CONCACAF Gold Cup 2021

Qatar Seri 3-3 Bertemu Panama, Almoez Ali Cipta Rekod Jaringkan Gol Dalam 3 Kejohanan Tertinggi Benua